January 02, 2014

be a leader...



Assalamualaikum…
Salam sejahtera semua…harini saya tertarik dengan fakta di atas dan mungkin anda semua pernah terfikirkan isu ni..

Yess,bukan semua orang boleh menjadi pemimpin…sememangnya wajib mempunyai ‘emotional intelligence’ yang tinggi untuk mengawal semua keadaan dan juga menyelia staf bawahan.Ini kerana apabila ada menjadi pemimpin, banyak mata yang memerhati anda dan sebenarnya anda di nilai bergantung kepada kewajaran dan rasional anda dalam membuat keputusan ataupun pernyataan.

Tidak semua orang mempunyai kesempatan atau peluang untuk menjadi yang di atas..peluang disayangi dan di sanjungi oleh semua namun boleh berlaku sebaliknya.

Kepincangan yang berlaku di kalangan pemimpin sesebuah organisasi bakal membawa kepada kerugian besar kepada organisasi dan juga kepada individu itu sendiri.Walaupun anda mempunyai kuasa,jangan bermimpi anda disayangi jika anda memikirkan staf bekerja untuk anda.It’s wrong..totally wrong.Anda berfikir anda ketua jadi wajarlah mereka bekerja untuk anda,salah..mereka dan anda bekerja untuk organisasi.Setiap individu yang wujud dalam organisasi tersebut ada fungsinya yang tersendiri bagi mencapai matlamat jangka panjang dan jangka pendek.Semua bergantung di antara satu sama lain dan yang paling penting adalah KERJASAMA-TEAMWORK.

Anda harus cube meletakkan diri anda di tempat staf anda,apakah yang akan mereka rasa?Bagaimana mereka dapat melakukannya?Di manakah mereka boleh mendapat motivasi untuk terus melakukan tugasan?Apakah terdapat kesulitan dalam melakukan tugasan?
Komunikasi yang efektif (verbal atau non-verbal) sangat penting dalam memastikan hubungan dua hala berjalan lancar selain ketelusan dan kepedulian wujud dalam hati anda.Dengan memastikan hubungan komunikasi tetap terbuka,staf anda  mampu terus memberikan sumbangan dan menerima pengakuan di atas prestasi mereka.

Bersikap positif adalah elemen paling penting yang perlu wujud bagi setiap pemimpin kerana aura mereka akan mengalir kepada staf.Doronglah mereka untuk terus memberi sumbangan yang terbaik.

DIKAGUMI…TIDAK SEMESTINYA DISENANGI
DISENANGI LAMBAT LAUN PASTI DIKAGUMI



0 comments:

Post a Comment