[KISAH TERCEKIK TULANG IKAN]
Ini cerita benar ye..memang terjadi kat ct minggu
lepas…masa bangun sahur tu macam biasa panaskan lauk,kebetulan malam tu dapat
lauk ikan parang masak lemak nanas…huiii sedap tuu.
Suami ni time sahur tak berapa nak makan sangat,jadi
ct habiskan la makan ikan tu,sekelar je pun…tau je lah ikan parang kan banyak
tulang,jadi ct sisihkan la tulang dengan isi sebelum makan…bersusun la tulang
tu kat tepi pinggan nasi ct,lauk kalau orang bagi memang sedap aje,betul
tak??
Tengah sedap menyuap tu ct tersedak sebab kat tekak
terasa mencucuk,hmm..sah tersangkut juga tulang ikan tu walau pun ct dah cuba
sisihkan awal2 lagi…
Terus ct ke toilet untuk cuba keluarkan,muntah balik
apa yang ct makan…
Cuba juga petua orang2 tua kata yang makan kepal nasi
kan…ct cuba..tak jalan jugak…masa sahur dah nak habis..tawakal aje lah..
Hati memang tak tenang dah masa tu,susah hati takut
kalau dibiarkan jadi infection apa2 ke masa tu…Masa tu ingat Allah,doa Nabi
Yunus ct baca ulang2 kali,selepas tu pergi Solat Subuh,berdoa supaya
dipermudahkan atau tulang tu lama kelamaan tercabut dengan sendiri.Ct kalau
susah hati ct tidur…jadi ct tidur sekejap sebelum pergi kerja.
Bangun untuk pergi kerja masih sakit lagi,bila telan
air liur terasa sakit mencucuk2 tuu…Ct masuk kerja pukul 9….cuba
bertahan..tapi sampai pukul 10 ct dah tak tahan,sebab memang sakit,terasa
mencucuk kat tekak tu.
Ct call mak ct,ceritalah pasal ni,dalam pada mak
gelak2 dengar mak suruh pergi klinik…adik ct masa kecil pernah kena..doktor
just jolok keluarkan.Ct pun terus pergi klinik swasta biasa..Doktor tak boleh
buat sebab tak Nampak dan tiada peralatan,cadangkan ct pergi ke klinik
pesakit luar Jasin. Ct pergi,pun sama mereka juga tiada peralatan,doctor keluarkan
surat refer klinik pakar ENT di Hospital Melaka.
Ct terus je pergi,sampai sana memang tak ramai orang…dan
terus di panggil masuk,dan Doktor menggunakan kamera untuk masuk melalui tekak
ct untuk mengesan lokasi tulang tersebut,banyak kali juga cuba sebab setiap
kali cubaan masuk kamera tu,ct akan rasa nak termuntah,tekak kita kan sensitive,jadi
mereka berbincang untuk sembur ubat kebas,sebab puasa kan…Ct cakap terus tak
puasa sebab dah cuba kepal nasi lagi sebelum pergi klinik.Ok selepas da
sembur,dan banyak kali cubaan Alhamdulillah keluar juga tulang tu…panjang woo
tulang tu…
Syukur,dah selamat rasanya…Sebenarnya Allah uji
sikittt je,tersangkut tulang ikan yang halus kat kita,kita dah susah hati macam
apa dah..Mungkin kifarah dosa2 yang ct agaknya atau pengajaran dari Allah
s.w.t. Manalah tahu kan,masa ct makan tu ada mengumpat2 orang ke…aduhai..insaf
betul.
Sebenarnya,apa jua yang berlaku,kita hendaklah
bertenang dan focus pada jalan penyelesaian…bukan susah hati fikir yang
bukan2..betul tak?
Ni baru kes kecil,belum lagi yang besar…dah
menggelabah…
Setiap yang berlaku ada hikmah dan pelajaran yang
boleh diambil sebagai iktibar.Paling Penting focus nak selesaikan masalah…Pengalaman
adalah cikgu paling bermakna dalam hidup..
Senyum… J

0 comments:
Post a Comment